suria

Jungkook diserbu ketika tiba lapangan terbang, aksi spontan selamatkan peminat terjatuh dipuji

Jungkook diserbu peminat.

AHLI kumpulan BTS iaitu Jungkook menarik perhatian netizen kerana sikap prihatinnya ingin membantu peminat yang hampir terjatuh sewaktu berada di lapangan terbang.

Jungkook dilihat membantu seorang peminat daripada diasak oleh orang ramai menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial.

jk - 1

Jungkook dikelilingi peminat sewaktu tiba di Lapangan Terbang Incheon.

Memetik laporan Hindustantimes, peminat menyerbu Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan selepas mendapat tahu Jungkook bakal pulang ke Seoul sejurus menyelesaikan tugasan kerja di luar negara.

Dalam pada itu, peminat yang menunggu di lapangan terbang bergegas ke arah penyanyi tersebut untuk merakamkan foto dan salah seorang daripada mereka hampir jatuh tersadung.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu mengantuk! Jungkook tertidur semasa buat ‘live’, ditonton lebih 6 juta peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook derma RM3.3 juta kepada hospital kanak-kanak, mahu bantu pesakit penyakit kronik

Jungkook bertindak spontan cuba untuk membantu peminat berkenaan dan aksinya dirakam lalu tular di media sosial.

Biarpun ramai yang memuji sikap tenang penyanyi itu yang cuba membantu peminat daripada terjatuh, namun situasi itu mengundang pelbagai reaksi apabila terdapat segelintir netizen meluahkan rasa bimbang keselamatan Jungkook.

"Lihatlah betapa baiknya Jungkook. Dia sangat sayang kepada peminatnya.

"Terima kasih pengawal peribadi yang mengawasi Jungkook. Saya takut melihat begitu ramai berlari-lari menghampirinya.

"Bukan sahaja ia berbahaya untuk Jungkook, tetapi juga boleh mengakibatkan kecederaan kepada peminat," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain