PENYANYI Harry Styles sanggup menghentikan konsertnya seketika gara-gara memberi peluang kepada seorang wanita hamil untuk pergi ke tandas. Mirror melaporkan, ketika membuat persembahan di Stadium Principality Cardiff pada Selasa, Harry berbual dengan peminat yang dikenali sebagai Sian di hadapan penonton. Wanita berkenaan meminta untuk menghentikan sebentar konsert kerana dia tidak mahu terlepas menyaksikan persembahan penyanyi itu. Harry melayani peminat dengan baik. Apa yang paling mengejutkan, Harry begitu terbuka dan memberitahu dia akan menunaikan permintaan peminatnya itu dengan menghentikan persembahan seketika. "Adakah awak tahu apa yang saya akan lakukan? Awak pergi sebentar, saya akan berhenti," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan putus dengan Harry Styles, Olivia Wilde kembali rapat dengan bekas tunang ARTIKEL BERKAITAN: Penonton buat hal baling botol atas pentas... Harry Styles terpaksa hentikan persembahan Menepati janji kepada peminat, Harry kemudian berbual dengan penonton yang lain sementara menunggu Sian kembali daripada tandas. Sekembalinya peminat berkenaan, penyanyi lagu As I Was itu meminta penonton untuk membantunya memilih nama bayi yang bakal dilahirkan wanita itu nanti. Penyanyi itu mencadangkan nama-nama seperti Stevie, Harley, Rafe dan Caleb dan kemudian meminta penonton untuk memilih dengan sorakan paling kuat. Difahamkan, layanan baik Harry terhadap peminatnya adalah perkara biasa yang ditunjukkan dalam setiap persembahannya. Sebelum ini, ketika beraksi di Dublin, Harry bergegas membantu peminat yang terjatuh. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!