NAMA adik kepada Raffi Ahmad iaitu Syahnaz Sadiqah menjadi bualan hangat apabila dia didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Rendy Kjaernett dan isterinya, Lady Veronica Nayoan. Bukan itu sahaja, kecurangan Syahnaz juga diketahui suaminya Jeje Govinda namun memilih mendiamkan diri. Memetik laporan Insertlive, hubungan terlarang Rendy dan Syahnaz telah lama berlaku iaitu sejak tahun lalu. Difahamkan, Lady mendedahkan perkara tersebut kepada umum selepas tidak mampu bersabar dengan kerenah suaminya itu. Pendedahan Lady terhadap hubungan suaminya. "Sudah setahun saya diam, dari Julai 2022. Sejak saya hamil sehingga Jacob kini sudah berusia enam bulan," katanya. Bukan itu sahaja, Lady juga mendedahkan suaminya itu juga sanggup mencacah tatu wajah kekasih di bahagian belakangnya sebagai tanda membalas perbuatan isterinya. ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad batal tunai haji kali ketiga, anggap belum ada rezeki bawa keluarga ke Tanah Suci ARTIKEL BERKAITAN: Terpukau tengok kediaman mewah, kumpulan NCT mahu jadi anak Raffi Ahmad Ini kerana Lady pernah membuat laporan polis selepas suaminya itu melakukan kekerasan terhadapnya pada Januari 2023. "Tak puas ke? Suami saya sampai cacah tatu wajah awak pada badannya!" dedahnya lagi. Pendedahan tersebut menjadi bualan ramai sehingga netizen mula menghidu Lady pernah memaafkan suaminya apabila mereka meluangkan masa bersama pada Julai lalu. Syahnaz bersama suami dan dua orang anaknya. "Mungkin ini bukan membaiki sesuatu yang rosak tapi tentang memulakan semua dan menciptakan sesuatu yang baik," tulisnya. Untuk rekod, Syahnaz dan Jeje berkahwin pada 2018 lalu dan dikurniakan sepasang anak kembar. Manakala Rendy dan Lady pula telah mendirikan rumah tangga pada 2014 dan miliki tiga orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!