suria

Datang klinik siap bawa foto rujukan, pakar bedah plastik akui ramai pelanggan lelaki idam wajah seperti Jin BTS dan Cha Eun Woo

Wajah Jin dan Cha Eun Woo jadi idaman lelaki.

SEORANG pakar bedah plastik mendedahkan antara wajah artis K-pop yang sering diidamkan pelanggan mereka adalah penyanyi Jin BTS dan pelakon Cha Eun Woo.

Allkpop melaporkan dalam satu temu bual bersama pakar bedah plastik iaitu Dr. Choi Hyung menerusi majalah K-Health memberitahu ramai pelanggan membawa gambar kedua-dua artis berkenaan menyatakan hasrat mahu mendapatkan ciri-ciri wajah diidamkan itu.

Menurut Dr. Choi, permintaan untuk melakukan filler di bawah mata semakin meningkat bukan hanya dalam kalangan pelanggan wanita tetapi juga lelaki.

Ketampanan Jin dan Eun Woo mejadi penanda aras di Korea Selatan.

Jelas pakar bedah plastik itu lagi, dia sering berjumpa dengan pelanggan yang berhasrat untuk melakukan prosedur bagi mendapatkan wajah seperti Jin dan Eun Woo.

"Minat terhadap filler bawah mata semakin meningkat bukan hanya wanita, tetapi permintaan daripada lelaki juga turut diterima.

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat tentera bakal berdepan tindakan, tinggalkan unit tanpa kebenaran kerana mahu beri suntikan vaksin kepada Jin BTS

ARTIKEL BERKAITAN: Cha Eun Woo buat kemunculan pertama selepas kematian Moonbin Astro, masih bersedih pemergian sahabat

"Di hospital saya, ramai lelaki yang datang untuk bertanyakan tentang prosedur pembedahan plastik dengan membawa gambar artis terkenal seperti Jin dan Eun Woo," katanya.

Kedua-dua artis Korea ini telah mendapat pengiktirafan yang ketara terhadap ketampanan yang dimiliki mereka.

Ramai peminat menganggap Jin dan Eun Woo sebagai lambang standard kecantikan lelaki di Korea Selatan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan dibuat oleh doktor pakar bedah plastik itu dan menyifatkan kecantikan yang dimiliki Jin adalah sempurna.

"Jin mempunyai nisbah wajah yang sempurna pada seorang lelaki Korea. Disebabkan itu juga ramai yang ingin kelihatan seperti Jin.

"Sudah tentu saya setuju. Jin merupakan lelaki kacak seluruh dunia dan Cha Eun Woo memiliki wajah yang hampir sempurna," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain