suria

Brody Jenner lamar Tia Blanco di majlis ‘baby shower’, bertunang selepas setahun bercinta

Tia dan Brody bakal timang anak sulung pada bulan Oktober.

SETELAH setahun bercinta, personaliti televisyen Brody Jenner kini sah bergelar tunang kepada teman wanitanya, Tia Blanco.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh Brody sendiri menerusi akaun Instagram miliknya yang memaparkan video dia melutut melamar Tia yang sedang hamil lima bulan.

Malah Brody juga turut menghulurkan sebentuk cincin kepada Tia sebagai tanda ikatan hubungan mereka ke arah lebih serius.

331068770_1273373606579171_3859534294249238296_n

Brody dan Tia bercinta sejak Mei 2022.

"Tidak sabar untuk mencintai awak selama-lamanya," katanya.

Menerusi video tersebut, Brody yang merupakan anak kepada Linda Thompson dan Caitlyn Jenner telah melamar kekasihnya itu di hadapan keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Difahamkan mereka berkumpul untuk menyambut majlis baby shower yang diadakan Tia untuk mendedahkan jantina anak yang dikandungnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kourtney Kardashian umum hamil, buat kejutan untuk Travis Barker di konsert Blink-182

ARTIKEL BERKAITAN: Pete Davidson didakwa memandu secara berbahaya, rempuh pili bomba dan rumah

Walau bagaimanapun, Brody masih lagi belum mengumumkan tarikah perkahwinan mereka.

Perkongsian tersebut meraih ucapan tahniah daripada peminatnya yang turut teruja dengan khabar gembira tersebut.

Pada Januari lalu, Brody dan Tia mengumumkan kepada umum bahawa mereka bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain