suria

Pete Davidson didakwa memandu secara berbahaya, rempuh pili bomba dan rumah

Kes mahkamah Pete akan dibicarakan di mahkamah pada 27 Julai ini.

PELAWAK Pete Davidson didakwa atas tuduhan memandu secara berbahaya di Beverly Hills, Los Angeles pada 4 Mac lalu.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Daerah Los Angeles, Pete, 29, turut didakwa mengakibatkan kemusnahan harta awam iaitu kenderaannya melanggar sebuah rumah.

"Kami percaya Pete memandu secara melulu yang akhirnya menyebabkan dia melanggar sebuah rumah.

"Bagaimanapun tiada sesiapa yang cedera parah akibat kemalangan itu namun pemanduan melulu Pete boleh membawa kepada kemudaratan yang lain.

pete 2

Teman wanita Pete iaitu Chase turut berada dalam kenderaan ketika kemalangan berlaku.

Kematian akibat pemanduan berbahaya meningkat pada tahun lalu, jadi penting untuk kita ambil serius terhadap kejadian seperti ini," jelas kenyataan tersebut seperti dilaporkan People.

Ketika kejadian, Pete dilaporkan memandu kereta jenis Mercedes Benz dan turut sama dalam kenderaan itu adalah teman wanitanya, pelakon Chase Sui Wonders.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh simpan rahsia! Jay Pharoah dedah saiz zakar Pete Davidson

Kereta tersebut merempuh pili bomba di bahu jalan selain bahagian sisi sebuah rumah berdekatan.

Bagaimanapun tidak dijelaskan siapa pemandu ketika kejadian berlaku.

Perbicaraan kes tersebut akan berlangsung pada 27 Julai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain