suria

Foto Seungri bersama ibu Raline Shah di Bali jadi bualan hangat peminat

Seungri dilihat bergambar mesra dengan ibu dan abang Raline di Bali.

KELIBAT bekas anggota kumpulan Bigbang iaitu Seungri yang bergambar bersama ibu dan abang kepada pelakon terkenal Indonesia iaitu Raline Shah menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat.

Kompas melaporkan foto bersama ibu Raline iaitu Rosaline dirakam ketika penyanyi berkenaan sedang bercuti di Bali, Indonesia.

Menerusi foto tersebut, Seungri dilihat memakai baju kemeja yang digayakan dengan topi sedondon berwarna putih dan tersenyum ketika bergambar bersama mereka.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pertemuan mereka berlaku secara tidak sengaja atau sebaliknya kerana Raline tidak bersama keluarganya pada percutian itu.

rr

Seungri dan Raline sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu dilaporkan berada di luar negara atas urusan kerja.

Susulan penularan gambar tersebut, peminat mula mengusik Seungri dan Raline mempunyai hubungan istimewa.

"Kalau sudah bergambar dengan ibunya bermaksud sudah seperti keluarga. Mungkin mereka tidak hanya sekadar teman.

"Anak tiada, ibunya pun jadi untuk diajak bercuti bersama," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian jadi kenyataan! Wanita dan anak terserempak Seungri Big Bang di Pavilion KL, siap ajak ambil gambar bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Ummi Nazeera pimpin tangan pelakon Indonesia Raline Shah curi perhatian, netizen kata bagai pinang dibelah dua!

Bagaimanapun, menerusi beberapa gambar lain yang tersebar, Seungri dipercayai bercuti ke Bali seorang diri apabila dilihat bersiar-siar di tepi pantai bersama seekor anjing.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Roseline bergambar dengan Seungri apabila pernah merakam foto bersama pada 2017 ketika Bigbang mengadakan konsert di Jepun.

Raline dan Seungri pula memang diketahui akrab sebagai kawan.

Pada Februari lalu, Seungri dibebaskan selepas 18 bulan menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan termasuk pelacuran haram, perjudian, penyebaran video haram dan mengugut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain