suria

Charlie Puth dapat ilham lagu semasa sedang hubungan seks... Mengagumi bentuk badan dan punggung sendiri

Puth terbuka berkongsi kisah hubungan intim.

PENYANYI Charlie Puth mendedahkan lagunya berjudul Marks On My Neck ditulis ketika dia sedang melakukan hubungan intim.

Bercerita mengenai perkara itu, Puth berkata dia sempat berhenti ketika sedang 'beraksi' kerana secara tiba-tiba mendapat ilham menghasilkan lagu.

"Saya menulis lagu itu ketika sedang melakukan hubungan seks. Mungkin saya patut teruskan aksi tersebut, namun melodi lagu itu tiba-tiba muncul dalam fikiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Charlie Puth ‘belanja’ gambar bogel sebelum lancar album baharu

"Saya berhenti seketika untuk merekodkan rakaman suara sebelum sambung melakukan hubungan. Dari situlah muzik lagu itu datang," katanya dalam temubual bersama Interview.

Tambahnya perbuatan tersebut dilakukan selepas dia putus cinta dan sedar ketika itu hubungan berkenaan tidak akan bertahan lama seperti mana kesan gigitan cinta yang ditinggalkan pada leher.

"Saya masih ingat lagi apabila bangun pagi melihat kesan pada leher. Ia semakin pudar seperti mana hubungan dengan orang tersebut. Namun saya berterima kasih atas pengalaman itu," ujarnya.

charlie puth 2

Puth akui sering berbogel di rumah.

Dalam masa sama, Puth juga secara terbuka mengakui suka berbogel dan merasa kagum dengan bentuk badannya terutama bahagian punggung.

"Saya bukanlah tertarik pada diri sendiri, namun tahu saya mempunyai rupa menawan. Saya sering katakan bahawa diri ini memiliki punggung cantik apabila melihat cermin.

"Saya tidak akan berbogel di depan orang yang tak suka melihat. Jadi saya akan berbogel di belakang di mana rasa lebih selamat dan saya dapat vitamin D," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain