suria

Raffi Ahmad batal tunai haji kali ketiga, anggap belum ada rezeki bawa keluarga ke Tanah Suci

Raffi sekali lagi tidak dapat menunaikan ibadah haji.

NIAT pelakon Raffi Ahmad untuk menunaikan ibadah haji bersama isteri dan ibu bapanya tahun ini berkemungkinan tidak kesampaian.

Raffi atau Raffi Faridz Ahmad, 36, berkata, dia sangat yakin mereka sekeluarga tidak dapat menunaikan haji pada tahun ini.

"Saya pasti 99 peratus yang kami tidak dapat melakukan ibadah haji pada tahun ini," katanya menerusi klip video yang dimuat naik di YouTube FYP Trans7.

raff

Raffi anggap belum rezeki untuk tunai haji.

Kata Rafi, ini bukan kali pertama dia membatalkan niat menunaikan haji kerana sebelum ini dia sudah beberapa kali melakukan perkara itu dengan pelbagai alasan.

"Kali pertama terjadi saya rasa mungkin belum masanya untuk kami melakukan ibadah haji, tapi apabila ditunda ke tahun yang lain, kami mempunyai masalah mendapatkan visa pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpukau tengok kediaman mewah, kumpulan NCT mahu jadi anak Raffi Ahmad

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai setahun guna, Raffi Ahmad mahu jual jet peribadi RM12 juta

"Yang terakhir, ibu pula membatalkan niat untuk menunaikan haji. Kalau begitu sekali lagi saya rasa rasa mungkin belum waktunya untuk kami pergi tahun ini," katanya.

Raffi bagaimanapun memberitahu dia tidak menyalahkan sesiapa dan mengakui sebenarnya belum berniat untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

"Jika berkaitan dengan ibadah haji, saya tidak akan menyalahkan sesiapa. Saya reda dengan apa yang berlaku.

"Saya mungkin kena muhasabah diri kerana ibu yang mengajak saya untuk menunaikan haji tahun ini sedangkan saya mahu menunaikannya pada tahun depan," ujarnya.

Sementara itu, aktor berkenaan juga berkongsi pesanan yang diberi oleh ibunya membuatkan dia sedar dan reda dengan takdir yang telah ditentukan ini.

raffi1 - 1

Raffi reda dengan takdir yang telah ditentukan.

Kata Raffi, dia sudah menyimpan hasrat untuk berangkat menunaikan haji bersama keluarga pada tahun depan.

"Ibu saya ada mengatakan urusan haji itu satu rezeki. Orang yang kaya pun tidak semestinya dapat pergi haji.

"Mungkin ada hikmah dan belum ada rezeki kami lagi. InsyaAllah tahun depan saja kami tunaikan haji," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain