NAMA penyanyi rap Kanye West kembali menjadi bualan ramai semasa tular foto dia menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-46 pada 8 Jun lalu. Menerusi foto yang tular di laman Twitter, Kanye dilihat mengadakan majlis ulang tahun itu secara tertutup bersama anak sulungnya dan bekas isteri, Kim Kardashian serta isteri baharunya iaitu Bianca Censori. Bagaimanapun, sambutan ulang tahun itu menjadi buah mulut ramai apabila hidangan sushi yang dipesannya di susun atas tubuh seorang wanita. Hidangan sushi semasa majlis ulang tahun Kanye. Lebih mengejutkan lagi apabila wanita berkenaan dalam keadaan terbaring di meja hanya menutup bahagian atas dan bawah tubuh. Anak Kanye juga dilihat dengan selamba mengambil sushi dari atas tubuh wanita berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West sudah berkahwin dengan pereka fesyen, majlis diadakan secara tertutup ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pekerja dedah Kanye West suka tayang gambar bogel Kim Kardashian, tonton video lucah ketika mesyuarat Sehubungan itu, rata-rata netizen menganggap Kanye bersifat misogini iaitu membenci terhadap kaum wanita. Malah menganggap tetamu yang hadir pada majlis berkenaan sama pengotor seperti Kanye. "Dia layan wanita seperti pinggan! Dia bersifat misogini. "Tak geli ke makan makanan atas badan orang? Apa yang dia orang fikirkan ini. "Ini tadisi Jepun tapi nampak menyedihkan!," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!