suria

Terlalu mengantuk! Jungkook tertidur semasa buat ‘live’, ditonton lebih 6 juta peminat

Jungkook tertidur sewaktu live.

AKIBAT terlalu mengantuk, ahli kumpulan BTS iaitu Jungkook tertidur sewaktu melakukan sesi siaran langsung bersama peminat.

Memetik laporan Hindustantimes, Jungkook sebelum itu memberitahu dia tidak dapat tidur dan memulakan siaran 'live' di komuniti Weverse iaitu platform untuk mereka berhubung dengan peminat.

jungkook2 - 1

Jungkook tidur ditonton 6 juta peminat.

Dengan memakai kemeja-T hitam lengan pendek menampakkan tatunya, Jungkook baring di atas katil sambil menutupi badan dengan selimut berwarna putih.

Sebelum itu, penyanyi berkenaan memberitahu peminatnya dia tidak menggunakan media sosial lain dan hanya berkomunikasi dengan mereka menerusi Weverse.

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook derma RM3.3 juta kepada hospital kanak-kanak, mahu bantu pesakit penyakit kronik

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS bina rumah tiga tingkat bernilai RM26 juta di Itaewon, dijangka siap tahun depan

"Saya tidak menggunakan Instagram dan media sosial lain, jadi saya sering ke Weverse untuk berkongsi perkembangan terbaharu.

"Saya tidak dapat melihat kamu semua (peminat). Alangkah baiknya jika saya dapat melihat kamu semua.

"Kalau saya tidur macam ni, nanti agensi saya pasti akan menjadi 'gila'," katanya.

Tidak lama kemudian, Jungkook kelihatan mengantuk dan terus tertidur di depan kamera.

jungkook1 - 1

Jungkook trending di Twitter.

Siaran langsung yang disiarkan selama 21 minit itu telah ditonton lebih 6 juta orang yang menyaksikan penyanyi berkenaan tertidur.

Jungkook mula menjadi trending di Twitter dan menerima hampir 900,000 tweet dalam masa hanya beberapa jam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain