PELAKON Park Soo Ryeon dilaporkan maut selepas terjatuh daripada tangga sewaktu pulang ke rumahnya pada petang Ahad lalu. Soo Ryeon, 29, disahkan meninggal dunia selepas doktor mengesahkan aktres itu mengalami mati otak dan tidak dapat diselamatkan. Sebagai penghormatan kepada mendiang, keluarganya mengambil keputusan untuk mendermakan organ jantungnya kepada mereka yang memerlukan. Soo Ryeon bergambar kenangan bersama Hae In. "Jantungnya masih berdegup tetapi otaknya sudah mati. Saya pasti ada individu yang sangat memerlukan organ. "Sebagai ibu bapa, kami akan lebih bahagia apabila mengetahui jantungnya masih berdegup dalam diri orang lain," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Bintang filem 'John Wick' Lance Reddick meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Bintang legenda Indonesia Nani Wijaya meninggal dunia Soo Ryeon merupakan pelakon yang pernah muncul dalam beberapa karya muzikal seperti The Days We Loved dan Siddhartha. Menurut sumber, mendiang meninggal dunia sehari sebelum mengadakan pementasan di Pulau Jeju, Korea Selatan. Soo Ryeon meninggal dunia akibat jatuh tangga. Selain itu, Soo Ryeon juga pernah membuat kemunculan menerusi drama Snowdrop lakonan bersama Jung Hae In dan Jisoo Blackpink. Soo Ryeon pernah memuat naik foto bersama Hae In bagi mengucapkan terima kasih atas pengalaman ditimbanya sepanjang penggambaran drama berkenaan. "Jung Hae In, walaupun peranan saya sangat kecil, terima kasih kerana kekal sehingga akhir dan menjaga kami semua dengan baik. Semoga kita dapat bekerjasama lagi," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!