suria

Apa saja V BTS pakai pasti jadi ikutan, kali ini loket sold out kurang 10 minit

Rantai loket dipakai V BTS habis dijual.

RANTAI loket yang dipakai anggota kumpulan BTS iaitu Kim Tae Hyung atau V menjadi buruan peminat sehingga habis terjual hanya dalam tempoh 10 minit.

Allkpop melaporkan pereka fesyen Harris Reed membuat beberapa hantaran di Instagram berkongsi foto penyanyi itu berkunjung ke butiknya selepas mengetahui V memakai loket yang dijualnya.

Susulan itu, peminat mula menyerbu laman web butik berkenaan untuk membeli loket hijau yang diberi nama In Good Hands itu.

v1 - 1

Perkongsian Harris di Instagram miliknya.

"Gila! Habis dijual kurang daripada 10 minit dan hanya beberapa warna lain yang tinggal," tulis Harris di Instagram.

Menyedari loket berkenaan menjadi kegilaan, Harris berkata, dia menambah stok dan ia sekali lagi licin dibeli peminat dari seluruh dunia.

Perkara itu membuatkan Harris menyedari pengaruh besar bintang kpop terkenal dunia itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar berjaya rakam V dan Jennie berpegangan tangan di Paris, peminat beri restu bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: V (BTS) kena kecam gara-gara meluru masuk kereta tanpa tegur peminat

Dua minggu lalu, V dilihat memakai loket berkenaan ketika berada di lapangan terbang untuk ke Madrid, Sepanyol.

Loket kerjasama Harris Reed x Missoma itu dijual pada harga AS$256 (RM1,181).

Ini bukan kali pertama, BTS 'membantu' jenama kurang menjadi terkenal apabila V pernah memakai topi jenama Ruslan Baginskyi ketika melancarkan lagu hit mereka, Butter.

Peminat yang menggemari topi berkenaan mula membeli topi sama yang dijual pada harga AS$340 atau RM1,500 dan ia habis terjual dalam tempoh sehari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain