suria

Ibu Virgoun merungut wang bulanan dari bekas menantu tak cukup, dakwa Inara suka melancong

Inara perjelaskan keputusan beri wang bulanan keputusan Virgoun.

IBU kepada Virgoun iaitu Eva Murung meluahkan rasa tidak puas hati apabila wang bulanan diberikan oleh bekas menantunya iaitu Inara Rusli dikatakan tidak mencukupi.

Eva mendakwa wang bulanan sebanyak IDR2.7 juta atau RM840 yang diberikan Inara kepadanya setiap bulan tidak mampu menampung hidupnya di Jakarta.

Susulan dakwaan itu, Inara menjelaskan wang yang diberikan kepada bekas ibu mentuanya itu bersesuaian dengan persetujuan yang dibuat sebelum ini.

Inara 2

Inara balas kenyataan ibu tentang wang bulanan.

"Itu adalah persetujuan bersama... semua keputusan dipersetujui oleh Virgoun, bekas ibu mentua dan adiknya. Jadi saya hanya beri ikut sesuai perjanjian," katanya seperti dilaporkan Detik Hot.

Sebelum ini, Eva mendedahkan Inara suka melancong dan bersosial sehingga menyebabkan dia berkira dalam soal wang bulanannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kejar cinta bekas isteri Virgoun, Inara belum sedia cari pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Virgoun buka purdah, alasan mahu bekerja persediaan sebelum jadi janda

Pada 27 April lalu, Inara mendedahkan Virgoun berlaku curang terhadapnya sejak dua tahun lalu bersama wanita yang dikenali sebagai Austina Tenri Ajeng Anis.

Menurut Inara, Virgoun pernah berzina dengan membayar beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks.

Pada 5 Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai di Pejabat Agama Jakarta Barat dengan alasan terhina teruk dimalukan oleh Inara di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain