suria

Terlalu banyak fitnah, ibu Moonbin rayu henti sebar berita palsu

Peminat masih bersedih atas pemergian Moonbin.

BIMBANG dengan berita palsu yang tersebar, ibu kepada mendiang Moonbin tampil dengan surat terbuka merayu orang ramai tidak lagi menyebarkan fitnah.

Dalam luahan tersebut ibu kepada bekas anggota kumpulan Astro ini merasakan setiap cerita yang tidak benar ini boleh memberi kesan buruk kepada orang terdekat Moonbin termasuk dirinya sendiri.

"Walaupun masih ramai yang bersedih dengan kematian anak saya, namun ada cerita yang tidak berasas disebarkan secara atas talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Moonbin Astro ditemukan tidak bernyawa, polis siasat punca kematian

"Cerita tidak benar ini adalah sesuatu yang sukar diterima oleh saya sebagai ibunya. Saya juga bimbang ia akan memberi kesan buruk kepada orang ramai. Malah peminat juga akan merasa sedih dengan cerita tersebut," ujarnya.

Surat tersebut dimuat naik oleh pihak pengurusan Moonbin selepas hampir dua bulan kematian penyanyi itu.

Dalam kenyataan sama, ibu Moonbin juga memohon agar kisah anaknya tidak menjadi bahan gosip dan berharap kisah kematian anaknya itu tidak lagi diperkatakan.

moonbin 2

Punca kematian Moonbin masih menjadi tanda tanya.

Pada 19 April lalu, Moonbin ditemui tidak bernyawa di kediamannya di daerah Gangnam sekitar pukul 8.10 malam.

Susulan berita sedih itu pelbagai spekulasi mula timbul mengatakan penyanyi tersebut bertindak membunuh diri.

Bagaimanapun hasil siasatan punca kematian Moonbin tidak didedahkan oleh pihak pengurusan termasuk ahli keluarga danm upacara pengkebumian juga dilakukan secara tertutup.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain