PELAWAK Nunung selamat menjalani pembedahan membuang sel kanser payudara di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia pada Khamis. Berkongsi perkembangan terkini, Nunung atau Tri Retno Prayudati, 60, dia kini dalam keadaan baik dan berharap agar segera sembuh. Namun menerusi satu perkongsian video, apa yang menarik perhatian adalah apabila dia sempat bertanya kepada jururawat bertugas tentang keadaan payudaranya ketika sedar selepas pembedahan. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Virgoun merungut wang bulanan dari bekas menantu tak cukup, dakwa Inara suka melancong "Syukur selesai pembedahan. Saya dalam keadaan baik. Soalan pertama ditanyakan kepada adakah payudara saya masih ada atau tidak. "Saya takut untuk memegangnya. Kemudian jururawat itu berkata masih ada dalam keadaan ketawa," katanya. Nunung kuat berdepan ujian penyakit kanser. Tambah Nunung meskipun reda selepas didiagnos menghidap kanser pada Februari tahun lalu, namun tetap merasa takut untuk menjalani pembedahan pada Khamis. Dia kini perlu menjalani beberapa sesi kemoterapi dan berharap dapat segera kembali aktif dalam dunia seni. "Perjalanan saya masih panjang. Masih perlu jalani kemoterapi dan tidak tahu berapa kali. Semoga saya segera sembuh," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!