IBU kepada Virgoun iaitu Eva Manurung kecewa apabila pengorbanan anaknya itu disia-siakan oleh Inara selepas sanggup memeluk Islam untuk berkahwin dengannya. Eva berkata dia tidak pernah merestui perkahwinan anaknya itu memandangkan pasangan berkenaan sebelum ini tidak pernah meminta izin untuk bernikah. Jelasnya, dia juga mengetahui anaknya itu memeluk Islam seminggu sebelum mereka berkahwin. Eva geram Inara tak hargai pengorbanan Virgoun. "Mereka tidak ada minta izin atau beritahu saya, seminggu sebelum nikah baru saya tahu Virgoun masuk Islam," katanya memetik laporan Detikhot. Kata Eva disebabkan perbuatan anaknya itu dia juga dibuli oleh rakannya semasa mengunjungi tempat ibadah. Eva bagaimanapun sudah melupakan hal tersebut memandangkan Virgoun berubah menjadi lebih baik selepas memeluk Islam. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Virgoun merungut wang bulanan dari bekas menantu tak cukup, dakwa Inara suka melancong ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kejar cinta bekas isteri Virgoun, Inara belum sedia cari pengganti Namun dia kecewa apabila perkahwinan anaknya itu diambang penceraian sekali gus menuduh Inara tidak menghargai pengorbanan Virgoun. "Saya lihat anak saya sudah berkorban tapi dia mensia-siakan anak saya. Jadi saya marah!" luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!