BINTANG realiti Kourtney Kardashian membuat kejutan apabila mengumumkan dirinya hamil anak pertama bersama suami iaitu Travis Barker yang juga merupakan pemain drum kumpulan Blink-182. Lebih istimewa, Kourtney, 44, mendedahkan perkara itu ketika Travis sedang mengadakan konsert bersama Blink-182 baru-baru ini. Menerusi video yang dimuat naik, Kourtney menulis nota dia sedang hamil yang dipaparkan ke arah skrin gergasi untuk membuat kejutan kepada Travis. Travis teruja bakal mendapat berita isterinya hamil. Reaksi terkejut Travis turut mencuri perhatian penonton yang hadir ke konsert itu sebelum secara spontan turut dari pentas untuk memeluk Kourtney. Pasangan ini mula menjalinkan percintaan sekitar dua tahun lalu sebelum mengambil keputusan berkahwin dalam sebuah majlis besar-besaran di Santa Barbara, Amerika Syarikat pada Mei 2022. ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian cetakan wanita berbogel kena kecam, peminat panggil Kourtney Kardashian sebagai sampah! Sebelum ini, Kourtney pernah menjalinkan hubungan dengan Scott Disick dan mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Mason, Reign dan Penelope. Kourtney dan Scott yang bercinta sejak 2006 bagaimanapun berpisah pada 2015. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!