suria

Kawan baik bocor rahsia, dedah Park Seo Joon sedang bercinta dengan YouTuber

Percintaan Park Seo Joon dan Xooos didedahkan rakan sendiri.

PELAKON Park Seo Joon dilaporkan sedang hangat bercinta dengan seorang penyanyi dan juga YouTuber dikenali Xooos.

Khabar angin tersebut tersebar luas selepas pasangan berkenaan dilihat meluangkan masa bersama, baru-baru ini.

Menurut laporan Allkpop, khabar tersebut didedahkan oleh salah seorang rakan rapat kepada pasangan berkenaan yang memuat naik foto mereka di media sosial.

Park Seo Jun

Gambar Park Seo Joon dan Xooos yang tersebar di internet.

Katanya, pasangan berkenaan juga telah sering dilihat bersenam dan meluangkan masa bersama.

"Mereka sudah perkenalkan pada rakan-rakan terdekat, mereka juga sering bersenam dan berkongsi hobi bersama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak macam sujud syukur tapi sebenarnya Adriana Adnan hanya bongkokkan badan... Reaksi spontan teruja bakal jumpa Park Seo Joon

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak hingga menitis air mata, Adriana Adnan teruja dapat bergambar dengan Park Seo Joon

Bagaimanapun, pihak pengurusan Park Seo Joon iaitu Awesome Entertaiment tidak menyangkal dakwaan tersebut.

"Kami minta maaf, sukar untuk mengesahkan maklumat tentang kehidupan peribadi pelakon itu," jelasnya.

Xooos atau nama sebenarnya Kim Soo Yeon, 29, seorang penyanyi yang mempunyai 1.5 juta pengikut YouTube.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain