PENYANYI Kris Dayanti berkongsi rasa gembira apabila anak perempuannya iaitu Amora Lemos mengikut jejak langkah menceburi bidang muzik selepas menandatangani kontrak bersama Sony Music Entertainment Indonesia. Kris Dayanti atau lebih mesra disapa KD berkata, pencapaian Amora ini bagaikan satu keajaiban buatnya dan percaya ia merupakan satu langkah awal untuk anak perempuannya beroleh kejayaan. "Menandatangani kontrak dengan Sony Music di usia 10 tahun itu satu keajaiban buat saya. Saya rasa ini merupakan langkah awal buat Amora untuk berjaya. Amora memlilki bakat yang diwarisi daripada ibunya. "Ini juga satu cabaran buat Amora, namun saya percaya dia akan terus belajar untuk menjadi lebih baik," katanya kepada Kompas. Kris Dayanti berkongsi perkara itu dalam sebuah majlis perasmian pejabat baharu Sony Music Indonesia pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Krisdayanti pernah terima RM5 sekali persembahan, bakar semangat cipta kejayaan ARTIKEL BERKAITAN: Suap cucu air kopi, netizen sekolahkan Krisdayanti bahaya kafien pada bayi Dalam pada itu, penyanyi lagu Menghitung Hari ini juga turut berbangga kerana Amora dapat bekerjasama dengan syarikat rakaman muzik antarabangsa dan berharap anaknya terus konsisten untuk menghasilkan karya dalam industri muzik. "Beruntungnya Amora dapat menaungi label muzik antarabangsa yang juga sedang berkembang pesat di Indonesia. "Semoga terus sukses dan konsisten untuk menghasilkan karya yang baik," ujarnya. Untuk info, Amora memiliki bakat menyanyi sejak usianya empat tahun dan Kris Dayanti mendaftarkan anaknya itu mengikuti kelas muzik. Semakin usianya bertambah, Amora memiliki suara yang matang dan beberapa kali tampil di membuat persembahan bersama Kris Dayanti. Pada tahun 2022, Amora menandatangani kontrak dengan label rakan bersama Sony Music. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!