suria

Kunci mulut kisah cinta, Park Seo Joon malas layan gosip

Seo Joon lebih selesa bercakap soal kerjaya.

PELAKON Park Seo Joon mengambil pendekatan enggan berkongsi soal peribadi selepas tular kisah kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi dan seorang Youtuber bernama Xooos.

Malah kata Seo Joon, 35, dia juga tidak ambil peduli dengan gosip yang mula tersebar sejak beberapa hari lalu kerana sibuk berada di lokasi menjalani penggambaran.

"Saya sekarang ini sibuk menjalani penggambaran projek baru, jadi saya menerima khabar angin tersebut agak lewat. Saya sedar bahawa diri ini menjadi tumpuan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan baik bocor rahsia, dedah Park Seo Joon sedang bercinta dengan YouTuber

"Walau rasa bersyukur menjadi perhatian, namun saya rasa kurang senang mendedahkan kisah peribadi.

"Sukar untuk saya memberi komen tentang hal ini (kisah cinta) kerana ia melibatkan peribadi. Sila beri perhatian kepada filem terbaru saya," katanya.

Seo Joon berkata demikian ketika bertemu media Korea Selatan bagi mempromosikan filem terbaharu lakonnanya berjudul Concrete Utopia.

park seo joon 2

Kisah Seo Joon dan Xooos kini menjadi perhatian ramai.

Kisah percintaan antara Seo Joon dan Xooos atau nama sebenarnya Kim Soo Yeon menjadi bualan hangat gambar mereka bersama mula tersebar.

Hubungan tersebut turut didedahkan oleh rakan baik mereka yang sering melihat pasangan itu sering meluangkan masa bersama.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil pihak pengurusna Seo Joon sebelum ini, mereka juga enggan memberi sebarang komen lanjut namun tidak menafikan hal berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain