suria

Didakwa rogol remaja lelaki 16 tahun, penyanyi Aaron Yan nafi wujud paksaan sebab mereka pasangan bercinta

Aaron (kanan) tampil memohon maaf ketika Yao Le sedang bertemu media.

SEORANG lelaki dikenali sebagai Yao Le mendakwa pernah dirogol penyanyi Taiwan Aaron Yan yang ketika itu dia masih dibawah umur.

Pengakuan itu dibuat Yao Le menerusi perkongsian di laman sosial miliknya sebelum dia dipanggil untuk tampil mendedahkan perkara sebenar menerusi satu sidang media baru-baru ini.

Yao Le mendakwa Aaron, 37, melakukan serangan seksual terhadapnya pada 2018 selain merakam aksi ketika mereka melakukan hubungan intim.

Aaron didakwa melakukan jenayah seksual terhadap remaja bawah umur.

Pemuda itu yang ketika itu berusia 16 tahun berkata Aaron sering memaksanya melakukan hubungan seks pada waktu pagi.

"Awak selalu bangun ketika saya masih tidur. Awak paksa saya melakukan hubungan seks tanpa mengambil kira perasaan saya," dedahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kunci mulut kisah cinta, Park Seo Joon malas layan gosip

Sementara itu, Aaron membuat kejutan apabila muncul pada sidang media yang dibuat Yao Le dan mendesak pemuda itu menarik semula kenyataan yang sudah dibuat.

Ketika ditanya pihak media mengenai kisah sebenar, Aaron menegaskan tidak wujud sebarang unsur paksaan kerana ketika itu mereka adalah pasangan kekasih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain