KEMELUT berpanjangan antara penyanyi Kesha dan penerbit muzik Dr. Luke berakhir selepas kedua-dua pihak bersetuju membuat penyelesaian di luar mahkamah. Kesha, 36, yang sebelum ini memfailkan sama terhadap Dr. Luke atas dakwaan merogol dirinya menganggap keputusan yang dibuat ini adalah satu permulaan baharu dalam hidupnya. Dalam masa sama, penyanyi lagu Tik Tok ini menjelaskan dia sendiri tidak ingat secara terperinci kejadian yang berlaku pada tahun 2005 itu. ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa rogol remaja lelaki 16 tahun, penyanyi Aaron Yan nafi wujud paksaan sebab mereka pasangan bercinta "Hanya Tuhan sahaja tahu apa yang berlaku pada malam tersebut. Seperti yang sering dikatakan, saya tidak ingat semua kejadian itu. "Saya mahu menutup kisah yang berlaku ini dan memulakan hidup baru. Saya harap semua pihak yang terbabit dapat berdamai," katanya menerusi satu perkongsian di Instagram. Kesha mahu mulakan hidup baharu. Kenyataan tersebut sekali gus menghentikan perbicaraan mahkamah antara mereka yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Julai nanti. Pada tahun 2014, Kesha memfailkan saman terhadap Dr. Luke atau nama sebenarnya Lukasz Sebastian Gottwald, 50, atas dakwaan merogol selain melakukan keganasan fizikal. Dakwaan sama menyebut Dr. Luke memberikan dadah kepada Kesha sehingga menyebabkan penyanyi itu tidak sedar akan kejadian pada malam berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!