suria

Mayat Choi Sung Bong tak dituntut keluarga, sempat mohon maaf tipu sakit kanser

Sung Bong bertindak bunuh diri dipercayai kerana tekanan.

KONTROVERSI kematian penyanyi penyanyi Korea Selatan iaitu Choi Sung Bong terus menjadi perhatian ramai apabila tiada ahli keluarga datang menuntut mayatnya selepas mendiang ditemukan tidak bernyawa di kediamannya pada 20 Jun lalu.

Sung Bong, 33, dipercayai meninggal dunia akibat mengambil nyawanya sendiri apabila sempat meninggalkan nota bunuh diri di laman YouTube miliknya sebelum pihak berkuasa memecah masuk rumahnya.

“Kepada peminat yang melihat pesanan ini, mungkin saya telah mati apabila anda membacanya.

“Saya minta maaf kepada sesiapa yang terkesan disebabkan sikap bodoh saya,” ujarnya.

choi sung bong 2

Sung Bong sempat meninggalkan nota buat peminat sebelum bunuh diri.

Pada 2011, nama Sung Bong menjadi perhatian apabila bakat nyanyiannya dikesan menerusi program Korea's Got Talent dan dia berjaya mendapat tempat kedua pada pertandingan itu.

Kisah malang pemuda itu menyentuh hati penonton apabila dia hidup bersendirian sejak kecil setelah ditinggalkan kedua ibu bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook diserbu ketika tiba lapangan terbang, aksi spontan selamatkan peminat terjatuh dipuji

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook derma RM3.3 juta kepada hospital kanak-kanak, mahu bantu pesakit penyakit kronik

Di sebalik kisah sedihnya itu, penonton turut kagum dengan kredibiliti vokal soprano Sung Bong apabila dia menyanyikan Nella Fantasia versi opera Ennio Morricone.

Sepanjang kariernya, dia sempat melancarkan tiga buah album selain beberapa buah single sebelum terpalit kontroversi pada 2021.

Ketika itu, Sung Bong mendakwa dia menghidap pelbagai jenis kanser dan kisahnya itu sekali lagi mengundang rasa kasihan peminat sehingga ramai membuat sumbangan kepadanya.

fs

Nama Choi Sung Bong pernah menjadi perhatian apabila menyertai Korea's Got Talent.

Bagaimanapun, Sung Bong didapati menipu tentang penyakit dihidapinya dan sejak itu dia menerima kebencian daripada peminat sehingga memaksanya memohon maaf dan berjanji memulangkan semua wang diterimanya.

Sementara itu, salah seorang kenalan terdekat mendiang mengambil inisiatif menuntut mayat Sung Bong dan akan melakukan upacara pengebumian termasuk sesi penghormatan terakhir buat peminat.

“Sebagai kenalan kepadanya, saya mengambil tanggungjawab untuk mengatur urusan pengebumian.

“Saya akan melakukan upacara khas untuk peminat meskipun terdapat perkhidmatan percuma bagi kematian yang tidak dituntut,” ujar individu berkenaan seperti yang dipetik dari AllKpop.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain