suria

Daesung Big Bang mahu sertai program I Am Solo, sudah sedia cari pasangan hidup

Daesung sedang cari calon untuk dijadikan teman hidup.

ANGGOTA kumpulan Big Bang iaitu Daesung sudah bersedia menamatkan zaman bujang selepas melihat rakan-rakannya yang lain bahagia bersama keluarga mereka.

Pengacara program I Am Solo iaitu Song Hae Na mendedahkan Daesung juga menyatakan hasrat untuk menyertai program mencari jodoh tersebut.

"Baru-baru ini saya ke majlis perkahwinan Se7en dan Da-Hae, ketika itu Daesung mendekati saya dan beritahu mahu menyertai I Am Solo," katanya.

Deasung

Daesung luah hasrat cari selepas lihat rakannya berkahwin.

Kata Hae Na lagi, Daesung percaya program itu dapat membantunya mencari pasangan hidup memandangkan dia masih belum mempunyai teman wanita.

ARTIEKL BERKAITAN: Mayat pelakon Julian Sands ditemui selepas 6 bulan hilang

ARTIKEL BERKAITAN: Cukuplah dua... Doa Randy Pangalila mahu sepasang cahaya mata termakbul, tak fikir nak tambah anak lagi

Pendedahan tersebut membuatkan peminat teruja memandangkan penyanyi itu tidak pernah terpalit dengan gosip percintaan sepanjang kariernya bersama Big Bang.

Untuk rekod, I Am Solo merupakan sebuah program yang mana peserta lelaki dan perempuan dipadankan dengan tujuan mencari pasangan hidup.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Ikuti kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain