suria

T.O.P Big Bang antara pelakon Squid Game 2, peminat mahu boikot

T.O.P bakal membintangi siri Squid Game.

PENGUMUMAN nama bekas anggota kumpulan Big Bang iaitu T.O.P sebagai salah seorang pelakon drama Squid Game musim kedua menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penggemar siri popular berkenaan.

Ramai menyuarakan keengganan menonton drama tersebut meskipun ia mendapat sambutan luar biasa ketika musim pertama ditayangkan di platform penstriman Netflix.

Kemarahan penggemar Squid Game itu timbul kerana menganggap T.O.P. bercakap tidak serupa bikin kerana pernah mengeluarkan kenyataan enggan kembali berlakon.

"Mesti pelakon lelaki Korea Selatan semuanya sudah habis sehingga perlu ambil dia (T.O.P) berlakon.

TOPP - 1

Peminat mahu memboikot Squid Game gara-gara T.O.P.

"Saya harap drama ini akan menjadi satu kegagalan besar untuk Netflix.

"Tahniah T.O.P kerana usaha membuat kontroversi dalam dunia hiburan sebelum ini berhasil," komen netizen.

Kontroversi melibatkan nama T.O.P atau Choi Seung Hyun bermula pada tahun 2017 apabila dia ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah jenis ganja.

ARTIKEL BERKAITAN: Daesung Big Bang mahu sertai program I Am Solo, sudah sedia cari pasangan hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Impian jadi kenyataan! Wanita dan anak terserempak Seungri Big Bang di Pavilion KL, siap ajak ambil gambar bersama

Dia juga secara terbuka pernah memberitahu tidak akan kembali berlakon selepas dua tahun menjalani hukuman.

Bagaiamanapun April tahun lalu, dia dilihat muncul dengan single terbaharu bersama Big Bang berjudul Still Life sebelum mengumumkan keluar dari kumpulan itu.

Sikap T.O.P sebelum ini dianggap sebagai mementingkan diri sendiri selain telah menghancurkan kepercayaan peminat terhadap Big Bang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain