PELAKON Chris Evans menyahaktifkan kedua-dua akaun media sosialnya iaitu Twitter dan Instagram kerana ingin berehat sebentar daripada menghabiskan masa dalam talian. Memetik laporan E News, Chris memaklumkan perkara itu pada 29 Jun lalu dan ingin menikmati cuti musim panas dengan sebaiknya. "Hai semua, saya sedang menikmati cuti musim panas dan cuba untuk mengurangkan masa melayari media sosial. "Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari Twitter dan Instagram... Kita jumpa lagi nanti, terima kasih semuanya," katanya. Chris ambil keputusan untuk berehat sebentar daripada media sosial. Pelakon filem Marvel itu bagaimanapun memberikan penjelasan lebih jelas di Instastory miliknya dengan memuat naik semula mesej daripada bintang Rocketman iaitu Taron Edgerton yang turut memaklumkan akan berundur dari media sosial. "Saya akan berehat sebentar dari media sosial. Saya tidak pasti mengapa saya membuat keputusan besar seperti ini. "Saya hanya fikir sukar untuk melepaskan diri daripada rutin melayari media sosial sehingga menjadi satu ketagihan," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Bahagian alat sulit pelakon Marvel disunting untuk elak penonton hilang fokus ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS padam akaun IG, dedah sebab tak mahu guna media sosial itu lagi Edgerton turut menambah, dia kehilangan banyak waktu untuk meluangkan masa melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti membaca buku dan menonton filem. Malah menurutnya dia juga sudah tidak dapat meluangkan masa bersama orang-orang tersayang disebabkan adanya media sosial. Kenyataan itu turut disokong oleh Chris dan memaklumkan dia akan mengikut jejak langkah Edgerton yang ingin menjarakkan diri daripada penggunaan media sosial. "Saya benar-benar setuju dengan apa yang dikatakan oleh Edgerton. Saya akan turut sama berehat sebentar. Saya sangat menyayangi semua orang," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!