suria

Ibu minta Virgoun kembali berbaik dengan Inara, kasihan nasib 3 cucu

Eva berharap Virgoun dan Inara dapat kembali menjadi suami isteri semula.

IBU kepada Virgoun berharap rumah tangga anaknya itu dengan Inara Rusli kembali pulih seperti sedia kala dan membatalkan hasrat untuk bercerai.

Eva Manurung berkata, dia bimbang akan masa depan tiga cucunya jika Virgoun dan Inara sah bercerai kelak.

"Kalau mereka masih nak bersama syukur. Saya juga berharap mereka dapat berbaik demi anak-anak yang masih kecil.

"Tapi kalau penceraian adalah jalan terbaik, saya juga tidak boleh melakukan apa-apa," katanya seperti dilaporkan Suara.com.

Eva 3

Eva bimbang nasib cucu-cucunya.

Bukan sekadar harapan, Eva juga mendedahkan sudah cuba memujuk Virgoun agar tidak membuat keputusan terburu-buru apabila memfailkan cerai terhadap Inara.

Kata Eva, penceraian mungkin tidak akan berlaku namun Virgoun mengambil keputusan itu kerana merasakan maruah diri sudah tercalar akibat pendedahan Inara sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli benar Virgoun jumpa anak tapi bersyarat, tiada niat berbaik semula

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kejar cinta bekas isteri Virgoun, Inara belum sedia cari pengganti

"Saya harap mereka mereka fikir sedalam-dalamnya sebelum ambil keputusan untuk berpisah. Saya juga sudah memujuk anak saya.

"Tapi dia kata maruahnya tercalar disebabkan pendedahan Inara," kongsinya.

Pendedahan tersebut menjadi bualan ramai memandangkan Eva sebelum ini beberapa kali membuka aib Inara di media sosial.

Eva 2

Eva mahu Inara dan Virgoun kembali berbaik.

Pada Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai terhadap Inara selepas isterinya membuat pendedahan tentang kecurangan penyanyi berkenaan secara terbuka.

Penyanyi itu mahu menceraikan isterinya kerana mengakui semua kesalahan telah dilakukan sepanjang perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain