suria

Ashanty tak pernah ‘check’ telefon bimbit Anang, jaga privasi kunci kebahagiaan rumah tangga

Ashanty dan Anang saling setia dan mempercayai.

PENYANYI Ashanty mengakui tidak pernah membuka telefon bimbit milik suaminya iaitu Anang Hermansyah sejak awal mereka bercinta lagi.

Kompas melaporkan, Ashanty atau nama sebenarnya Ashanti Hastuti, 39, berkata, kepercayaan dan kesetiaan adalah kunci utama dalam hubungan mereka suami isteri.

"Percaya atau tak, saya tidak pernah memeriksa telefon bimbit Anang dari awal kami bercinta sehingga hari ini... dan saya juga tidak mahu dia membuka telefon bimbit saya.

anang - 1

Ashanty dan Anang bernikah pada 2012.

"Saya meletakkan semuanya kepada Allah. Saya tahu Allah sangat baik dengan hamba-Nya... Jadi tak perlu takut," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Andai Aku Bisa ini menyifatkan sebagai suami dan isteri, mereka juga mempunyai hak privasi masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan Ashanty turun mendadak akibat sinus kronik... Aurel Hermansyah risau tengok keadaan ibu tiri

ARTIKEL BERKAITAN: Ashanty masuk hospital akibat sesak nafas, Anang tak sanggup tengok isteri pakai alat bantuan pernafasan

"Kami mempunyai privasi masing-masing kerana kadangkala kami berhubung dengan rakan-rakan menggunakan bahasa 'kamu aku'.

"Saya tidak mahu timbul isu apabila ditanya kenapa menggunakan bahasa sedemikian dengan kawan-kawan," ujarnya.

Untuk rekod, Ashanty dan Anang mendirikan rumah tangga pada 2012 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arsy Hermansyah dan Arsya Hermansyah.

Sebelum ini, Anang pernah berkahwin dengan penyanyi popular Indonesia iaitu Kris Dayanti pada 1996, namun ikatan itu berakhir pada 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata termasuklah Aurel Hermansyah yang juga merupakan isteri Atta Halilintar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain