PENAMPILAN anggota kumpulan Blackpink Jisoo ketika mengadakan konsert di Hyde Park, London baru-baru ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat di media sosial. Ia susulan pakaian dikenakan Jisoo tidak sesuai sehingga menampakkan seluar dalam yang dipakai ketika sedang asyik menari di atas pentas. Penampilan Jisoo jadi bualan peminat. Tidak hanya itu, netizen membuat perbincangan hangat seluar dalam berwarna hitam dipakai Jisoo selain aksinya seolah-olah sengaja memakai pakaian seksi sehingga mendedahkan bahagian tidak sepatutnya. Peminat Jisoo turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan penampilannya serta menyalahkan penata gaya Blackpink bertanggungjawab terhadap busana dipakai kumpulan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Gaya rambut ’fringe’ Lisa sudah tiada, tampil yakin dedah dahi di acara karpet merah ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink dedah seorang pemalu, suka bawa bantal sendiri "Yang reka baju Jisoo ini siapa? Kenapa yang lain tak macam dia. Jisoo dah rosak, dia terpengaruh dengan yang lain. "Baju dia kena tukar dengan Rose ke," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!