suria

Penyanyi Coco Lee meninggal dunia, keluarga sahkan akibat bunuh diri

Coco Lee dilaporkan meninggal dunia.

PENYANYI terkenal Hong Kong Coco Lee meninggal dunia pada usia 48 tahun pada Rabu selepas dipercayai membunuh diri di kediamannya.

Adik kepada Coco mendedahkan penyanyi itu sudah lama menderita masalah kemurungan sejak beberapa tahun lalu dan keadaannya bertambah buruk sejak kebelakangan ini sebelum ditemukan tidak sedarkan diri pada Ahad lalu.

Coco turut dilaporkan berada dalam keadaan koma sejak dimasukkan ke Hospital Queen Mary sebelum disahkan meninggal dunia pada Rabu.

coco1 - 1

Coco menderita masalah kemurungan sejak beberapa tahun lalu.

"Meskipun Coco sudah mendapatkan khidmat profesional bagi mengatasi masalah kemurungan namun sayangnya dia mengambil jalan pintas bagi menamatkan penderitaan dialaminya," kata adiknya.

Nancy memaklumkan mengenai kematian Coco menerusi media sosial miliknya.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 penglibatannya dalam dunia seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu selepas umum konsert, Paul Cattermole (S Club 7) meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon drama 'Snowdrop' maut jatuh tangga, keluarga buat keputusan derma organ mendiang

Penyanyi itu sering dijadikan rujukan selepas berjaya menjadi bintang dari Hong Kong yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk Amerika Syarikat.

Memulakan karier pada 1994, Coco sudah melancarkan 15 buah album dengan jumlah jualan sebanyak 10 juta unit.

Single berbasa Inggeris, Do You Want My Love pernah menduduki tangga keempat carta Billboard pada Disember 1999.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain