TINDAKAN penyanyi Judika memadam semua foto di akaun Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat. Menerusi hantaran terbaharu, Judika atau nama sebenarnya Judika Nalon Abadi Sihotang, 45, menulis kapsyen mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokongnya selama ini. "Terima kasih telah menyokong saya selama ini," katanya. Judika mengucapkan terima kasih buat peminat yang menyokongnya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut bertanyakan khabar tentang dirinya dan berharap penyanyi lagu Aku Yang Tersakiti itu berada dalam keadaan baik. "Abang Judika harap kamu baik-baik saja. ARTIKEL BERKAITAN: Buat show tanpa henti sejak 2 bulan lalu, peti suara Judika hampir rosak ARTIKEL BERKAITAN: Judika tak kejar harta, mahu hidup gembira dengan keluarga - "Bukan wang yang jadi Tuhan" "Abang kenapa? Jangan hilang. "Mungkin ini pilihan yang berat, tapi tentunya Judika sudah fikir sehabis baik. Harap yang terbaik untuk abang," tulis netizen. Malah, ada juga segelintir peminat yang menganggap akaun Instagram milik penyanyi Indonesia itu telah digodam. "Nampaknya seperti akaun abang Judika kena godam. Hilang semua gambar miliknya. "Bang ini mahu promosi lagu baru atau kena godam," kata netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!