suria

Pengotornya! Taylor Swift berdepan denda kawasan rumah dipenuhi sampah

Taylor tak serik rumah didena belasan ringgit kerana kotor.

PENYANYI Taylor Swift dikenakan denda sebanyak 32 kali selepas kawasan di luar kediamannya yang terletak di Franklin Street, New York City dipenuhi sampah sarap.

Memetik laporan The Mirror, penyanyi berkenaan berdepan denda sebanyak RM 14,028 (USD 3010) sejak berpindah ke kawasan perumahan itu pada 2017 lalu.

Katanya, Taylor gagal memastikan laluan perjalan kaki di hadapan bangunannya bersih selain membuang sampah tidak bertempat.

Taylor 2

Sampah sarap di kawasan rumah Taylor.

Kawasan berkenaan dikatakan dipenuhi dengan puntung rokok, botol minuman dan timbunan surat khabar.

Lebih mengejutkan, penyanyi berkenaan tidak mahu membayar denda tersebut sehingga sanggup mengambil tindakan undang-undang.

Malah sebelum ini, dia juga berjaya mengurangkan denda dengan jumlah yang banyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift nyanyi lagu ‘Dear John’ selepas 11 tahun, minta peminat jangan serang John Mayer

ARTIKEL BERKAITAN: Cepat betul ‘move on’! Taylor Swift dah jumpa pengganti selepas putus Matty Healy, katanya penyanyi India

Menurut seorang pejalan kaki, Taylor tidak pernah mempedulikan dengan sampah sarap yang menganggu rumahnya itu sebaliknya sibuk dengan konsert.

"Dia tak peduli dengan sampah yang dibuang merata-rata. Saya rasa dia lebih sibuk dengan konsert berbanding ambil tahu keadaan rumahnya," ujarnya.

Bagaimanapun pendedahan tersebut tidak dapat diterima oleh rata-rata peminatnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain