suria

Shah Rukh Khan tiba di Mumbai dalam keadaan sihat, khabar angin terlibat kemalangan terbukti palsu

Shah Rukh Khan

KEMUNCULAN pelakon Shah Rukh Khan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India pada pagi Rabu menepis desas-desus kononnya aktor berkenaan terlibat dalam satu kemalangan, baru-baru ini.

Kelibat Shah Rukh Khan, 58, dilihat dalam keadaan sihat tanpa sebarang kesan cedera atau bekas pembedahan.

srk - 1

Shah Rukh mengejutkan peminat yang sebelum bimbang tentang keadaannya.

Malah dia juga sempat memberi senyuman kepada pengamal media tempatan yang telah menunggu di sana.

Shah Rukh Khan dilihat memakai baju berwarna biru serta topi.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen desak peminat wanita dipenjara, cium Shah Rukh Khan tanpa rasa malu

ARTIKEL BERKAITAN: Perbualan WhatsApp Shah Rukh Khan tersebar... Rayu pegawai penyiasat bebas anak kes dadah, tawar rasuah RM13 juta

Ketibaan Shah Rukh Khan ketika itu mengejutkan peminat yang sebelum ini mula bimbang tentang keadaannya walaupun hanya cedera ringan pada bahagian hidung.

Sebelum ini, dilaporkan pelakon filem Diwale itu terlibat dalam kemalangan ketika sedang menjalani penggambaran di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Disebabkan kejadian itu dia dikatakan perlu menjalani pembedahan kecil susulan kecederaan pada bahagian hidung.

Sebagai seorang bintang ternama Bollywood, berita berkenaan menjadi bualan ramai kerana rata-rata peminat bimbang jika dia tidak dapat meneruskan penggambaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain