suria

Meghan Trainor timang anak kedua, bersalin tarikh sama kenal suami 7 tahun lalu

Meghan selamat melahirkan anak kedua.

PENYANYI Meghan Trainor selamat melahirkan bayi lelaki pada 1 Julai lalu sama tarikh dengan ulang tahun ketujuh perkenalannya bersama suami iaitu Daryl Sabara.

Meghan memaklumkan cahaya mata kedua seberat 3.62 kilogram yang diberi nama Barry Brurce itu dilahirkan secara pembedahan.

Penyanyi lagu All About That Bass itu turut mengucapkan terima kasih kepada doktor serta jururawat yang membantu memudahkan urusan kelahiran.

meghan - 1

Meghan dan suami menyambut kelahiran Barry pada 1 Julai lalu.

"Pada 1 Julai (ulang tahun ketujuh tarikh pertama kali bertemu) kami menyambut kelahiran Barry Bruce Trainor ke dunia.

"Dia seorang bayi lelaki seberat 8 paun (3.62 kilogram) dan dilahirkan secara pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Meghan Trainor fobia lakukan hubungan intim, dakwa saiz zakar suami terlalu besar

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat bersalin secara normal tidak kesampaian, Jessie J sempat menari sebelum masuk bilik bedah

"Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang menjaga kami dengan sangat baik," katanya.

Meghan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis termasuk Paris Hilton serta Mandy Moore mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata kedua itu.

"Tahniah sis, saya tumpang gembira untuk kamu.

"Go mama... Selamat lahir ke dunia, Barry. Bertuahnya kamu.

"Comelnya bayi kamu. Tahniah kerana mendapat seorang bayi lelaki," tulis mereka.

Untuk rekod Meghan dan Daryl mendirikan rumah tangga pada 2018 dan pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki iaitu Riley Sabara yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain