suria

Matty Healy buat hal lagi... Kali ini lahap makan daging mentah di atas pentas

Bunyi Matty kunyah daging mentah buat peminat takut.

NAMA Matty Healy tidak pernah sepi dengan kontroversi dan kali ini penyanyi itu bertindak memakan daging mentah ketika berada di atas pentas.

Matty melakukan aksi tersebut ketika mengadakan konsert bresama kumpulannya The 1975 di Finsbury Park, London baru-baru ini.

Ketika persembahan sedang berlangsung, Matty secara tiba-tiba membuka pakaian sambil meneguk minuman keras.

matty 1

Peminat loya dengan kelakuan Matty di atas pentas.

Dia kemudian dilihat melutut dan menggigit daging mentah berkenaan sambil menghalakan mikrofon ke arah mulut agar penonton dapat mendengar dia mengunyah.

Ini bukan kali pertama Matty melakukan aksi tersebut malah sebelum persembahan tamat penyanyi berkenaan sempat membuang kasutnya dan melakukan senaman tekan tubi di atas pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat sebulan bercinta, Taylor Swift dan Matty Healy berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Hala kemaluan ke arah kamera, suka tonton porno sambil onani... peminat gesa Taylor Swift tinggalkan Matty Healy

Aksi tersebut tular di media sosial yang rata-rata ngeri melihat tindakan bekas kekasih Taylor Swift itu.

"Sayang makanan yang sedap dibazirkan macam itu sahaja. Perbuatan dia mengerikan!

"Rasanya makan daging mentah tak selamat, dia tak fikir sebelum buat ke?" antara komen netizen.

Bukan itu sahaja, tindakan penyanyi berkenaan juga mendapat perhatian daripada kementerian kesihatan negara itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain