suria

Rambut botak tengah Han So Hee buat peminat bimbang, risau terkena penyakit alopecia

Peminat minta Han So Hee segera dapatkan rawatan.

PENAMPILAN Han So Hee menjadi bualan peminat apabila bahagian tengah kepala aktres berkenaan dilihat mula botak.

Menerusi beberapa foto yang tular di media sosial, rambut pelakon berusia 28 tahun itu kelihatan jarang yang sedikit sebanyak mencacatkan penampilannya.

Difahamkan foto tersebut dirakam oleh seorang peminat So Hee ketika dia bertemu pelakon itu baru-baru ini.

Sohee

Rambut Han So Hee dikatakan mula tipis dan membotak.

Keadaan rambut So Hee yang gugur itu membuatkan peminat turut bimbang tentang kesihatannya termasuk masalah alopecia areata seperti mana dialami aktres Jada Pinkett Smith.

Namun ada juga berpendapat kepala So Hee kelihatan botak disebabkan faktor cahaya ketika gambar itu diambil.

ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee salah cakap, agensi jelaskan salah faham babak intim dalam drama My Name dibuat tanpa persetujuan

ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee dikejarkan ke hospital selepas jatuh pengsan di set penggambaran

"Rasanya rambut dia tebal, mungkin sebab cahaya nampak nipis dan botak tengah.

"Mungkin dia mengalami masalah rambut gugur, harap dia dapatkan rawatan sebelum terlambat," komen peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain