suria

Cincin terakhir dipakai Tupac Shakur dibida RM4.6 juta

Cincin Tupac mendapat bidaan hingga RM4juta.

CINCIN milik penyanyi rap Tupac Shakur dijual secara bidaan dengan harga melebihi AS$1 juta (kira-kira RM4.6 juta).

Nilai tersebut direkodkan sebagai jumlah tertinggi hasil bidaan barangan peribadi Tupac selepas mendiang meninggal dunia pada 1996.

Difaham cincin emas dengan bentuk mahkota dan hiasan batu berlian jenis rubi adalah aksesori terakhir dipakai Tupac ketika membuat persembahan acara MTV Music Awards 1996 sebelum meninggal dunia.

tupac - 1

Tupac meninggal dunia 27 tahun lalu.

Cincin tersebut turut diukir dengan tulisan 'Pac & Dada, 1996' sebagai tanda percintaan dia bersama wanita bernama Kidada Jones.

Wakil rumah bidaan Sotheby di New York, Amerika Syarikat menyebut cincin berkenaan juga merupakaan rekaan Tupac sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam-macam konspirasi Tupac Shakur masih hidup, kenalan dakwa pernah menyorok di Batu Caves

ARTIKEL BERKAITAN: Tupac Shakur didakwa masih hidup, ada di Malaysia

Bentuk mahkoha pada aksesori itu melambangkan keperibadian Tupac yang sering dianggap sebagai putera oleh ibunya sendiri.

Sebelum ini, surat perpisahan Tupac dengan penyanyi Madonna pernah dibida dengan nilai kira-kira RM456,000.

Surat tersebut ditulis oleh Tupac ketika dia dalam tahanan pada tahun 1995 atas kesalahan gangguan seksual.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain