suria

Gambar tangan bayi milik Son Ye Jin dan Hyun Bin dapat 1.5 juta tanda suka 

Son Ye Jin dan Hyun Bin menimang cahaya mata lelaki November lalu.

TINDAKAN pelakon Son Ye Jin berkongsi foto tangan bayi lelakinya di Instagram miliknya mendapat 1.5 juta tanda suka dengan 20,000 komen peminat.

Biarpun masih belum mendedahkan wajahnya namun sudah cukup buat peminat teruja dengan perkongsian pelakon drama Crash Landing On You itu.

"Lihat tangannya saja sudah comel... rasa nak gigit.

SON1 - 1

Pasangan selebriti ini terlibat dalam cinta lokasi.

"Walaupun hanya foto tangan yang dikongsi, sudah memberi gambaran bayi ini sangat comel.

"Terima kasih kerana berkongsi dengan kami... anda buat hati kami begitu teruja," tulis peminat.

Pada 27 November tahun lalu, Son Ye Jin selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas lapan bulan mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang 'Crash Landing On You', Son Ye Jin dan Hyu Bin timang bayi lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Hyun Bin dan Son Ye Jin cerai tak benar, pihak pengurusan mahu ambil tindakan

Menurut kenyataan pihak agensi pengurusannya, pelakon berusia 40 tahun itu sepatutnya bersalin pada awal Disember namun anaknya terpaksa dilahirkan lebih awal daripada tarikh sepatutnya.

Untuk rekod, Son Ye Jin mendirikan rumah tangga bersama aktor Hyun Bin pada 31 Mac tahun lalu di sebuah majlis tertutup berikutan penularan Covid-19.

Pasangan ini dikatakan menjalinkan hubungan cinta selepas Crash Landing On You tamat siaran pada Mac 2020 namun mendedahkan kepada umum pada awal tahun 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain