suria

Penyanyi Sinead O'Connor meninggal dunia pada usia 56 tahun

Sinead menghembuskan nafas terakhir pada usia 56 tahun.

PENYANYI Sinead O'Connor yang popular menerusi lagu Nothing Compares 2 U dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.

Sinead atau nama Islamnya Shuhada Sadaqat menghembuskan nafas terakhir pada usia 56 tahun.

Keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu namun tidak mendedahkan punca kematiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi legenda Tony Bennet meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Coco Lee meninggal dunia, keluarga sahkan akibat bunuh diri

"Dengan rasa sedih kami mengumumkan pemergian Sinead yang kami sayangi," kata kenyataan itu.

Dilahirkan di Dublin, Sinead pernah merakamkan 10 buah album termasuk I Do Not Want What I Haven't Got pada 2014.

Sinead memeluk Islam pada 2018.

Sementara itu, Presiden Ireland, Michael Higgins menyifatkan pemergian Sinead sebagai kehilangan besar buat industri muzik negara itu.

Michael turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemuzik, penyanyi dan penulis lagu terbaik dalam beberapa dekad lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain