suria

Menyesal buat pembedahan kosmetik, Kylie Jenner harap anak tak ulang kesilapan lama

Kylie harap anaknya tidak melakukan pembedahan kosmetik di usia muda.

BINTANG televisyen, Kylie Jenner menyesal membuat pembedahan kosmetik pada bahagian payudaya pada usia 19 tahun.

Tidak menjelaskan secara terperinci tentang perasaan tersebut, adik kepada Kim Kardashian ini turut menasihati orang supaya berfikir panjang sebelum bertindak melakukan perkara sama.

"Kalau boleh saya tidak mahu melakukannya (pembedahan kosmetik). Saya cadangkan kepada sesiapa yang mahu melakukan perkara sama supaya tunggu selepas melahirkan anak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Patah hati dengan Travis Scott, Kylie Jenner dikatakan hangat bercinta dengan Timothee Chalamet

Kylie mendedahkan perkara tersebut dalam episod terbahagu program realiti The Kardashians.

Dalam masa sama, dia juga berharap anak perempuannnya iaitu Stormi yang kini berusia 5 tahun tidak melakukan mengikut jejaknya melakukan pembedahan pada usia muda.

"Saya pasti akan kecewa jika Stormi mahu melakukan pembedahan pada usia 19 tahun sama seperti saya," ujarnya.

kylie 1

Kylie menegaskan tidak pernah membuat pembedahan pada muka.

Sementara itu dia turut menegaskan sekadar memasukkan filler di bahagian muka dan tidak pernah melakukan sebarang prosedur pembedahan mengubah bentuk wajah seperti dakwaan banyak pihak.

"Saya hanya memasukkan filler sahaja. Saya tidak mahu kisah melakukan pembedahan muka menjadi sejarah dalam hidup," ujarnya.

Dia juga pernah merasa kurang keyakinan diri apabila ramai yang mempersendakan bentuk telinganya.

Namun perasaan itu hilang selepas dia melihat bentuk telinga Stormi sama sepertinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain