suria

Lucinta Luna dan jejaka Inggeris mahu bertunang, netizen minta bertaubat 

Lucinta Luna dan Alan adakan majlis pertunangan besar besaran.

NAMA selebriti transgender Lucinta Luna menjadi bualan ramai apabila mengumumkan bakal bertunang dengan jejaka Inggeris dikenali sebagai Alan.

Berkongsi berita itu di Instagram miliknya, Lucinta turut mengundang kenalan dan peminat untuk hadir ke acara yang berlangsung pada malam Jumaat.

Kata Luna, pertunangan tersebut mendapat restu ibu bapa kedua belah pihak malah mereka akan menghadiri acara tersebut.

Lucinta

Lucinta Luna umum bakal bertunang.

"Saya ingin menjemput teman-teman terdekat dan keluarga untuk jadi saksi acara pertunangan kami pada Jumaat di Hotel Pullman Bali," kongsinya.

Dalam pada itu, Lucinta berharap peminat merestui pertunangan tersebut dan mendoakan kebahagiaannya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen mempersoalkan tindakan Lucinta yang disifatkan sebagai keterlaluan memandangkan dia seorang lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Putus sebab nafsu buas, Lucinta Luna dedah kena tampar ketika hubungan intim - “Muka ini mahal”

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna kini ingat dosa, menyesal buat pembedahan plastik

Malah ada meminta Lucinta bertaubat dan tidak terlalu mengikut kehendak diri.

"Alamak! Tak bahaya ke? Keluarga main restu sahaja.

"Mesti gimik, nak lancarkan produk apa ya? Dia ini banyak sangat gimik.

"Belum terlambat untuk bertaubat dan tinggalkan perbuatan terkutuk," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain