suria

Lisa Blackpink sengaja pakai baju terbalik, peminat puji tetap nampak cantik

Penampilan baju terbalik Lisa bakal menjadi ikutan peminat.

PENAMPILAN penyanyi Lisa Blackpink sekali lagi menjadi bualan netizen apabila mengenakan baju secara terbalik.

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram, Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal berkongsi beberapa keping foto dia sedang bercuti di Paris.

Namun perkongsiannya itu menarik perhatian netizen apabila penyanyi berusia 27 tahun itu dilihat mengenakan sweater dengan perkataan 'Blackpink' secara terbalik.

Snapinsta.app_363507424_589412390020656_174824966752308576_n_1080

Lisa semasa bercuti di Paris.

Malah dalam foto itu juga terlihat jelas jahitan daripada dalam baju membuatkan ramai yang berpendapat penyanyi berkenaan sengaja memakai baju terbalik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya tetap memuji kejelitaan Lisa walaupun dia mengenakan gaya tersebut.

"Dia pakai apa pun nampak cantik, sekali imbas tak perasan pun terbalik.

"Saya baru perasan dia pakai baju terbalik, mungkin akan jadi ikutan nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai stoking koyak, peminat puji Lisa Blackpink rendah diri

ARTIKEL BERKAITAN: Takut ibu marah, Lisa Blackpink tak berani kongsi foto pakai bikini

"Saya rasa dia sengaja pakai baju terbalik sebab nak tunjuk nama Blackpink," antara komen netizen.

Sebelum ini, nama Lisa juga menjadi bualan ramai apabila tidak malu mengenakan stoking yang koyak walaupun bergelar jutawan.

Tindakannya itu membuatkan ramai memuji dia seorang yang rendah hati.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain