UMUM mengetahui ketika ini penyanyi Aurel Hermansyah sedang menghitung hari menanti kelahiran anak keduanya. Sepanjang tempoh kehamilan ini, suaminya iaitu Atta Halilintar mendedahkan Aurel sering mengidam dan menginginkan sesuatu yang pelik. Katanya Aurel pernah meminta untuk mengayuh basikal pada lewat malam sehingga dia terpaksa menuruti kemahuan isterinya itu. Atta sentiasa sabar melayan keinginan isteinya. "Dia pernah minta nak kayuh basikal pada pukul 12 malam, cuba bayangkan mana ada orang naik basikal lewat malam. Dengan keadaan sunyi dan dia juga boleh kena selsema. "Akhirnya saya terpaksa layankan dengan menaiki basikal eletrik," katanya memetik laporan Detik Hot. Bukan itu sahaja, isterinya juga mengidam mahu melancong ke Jepun. ARTIKEL BERKAITAN: Hati Atta Halilintar tergores, netizen tergamak kata Ameena anak down syndrome ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar menggigil gembira Aurel hamil anak kedua, tak percaya Ameena bakal dapat adik Selepas segala persiapan dibuat, tiba-tiba Aurel membatalkan hasrat tersebut kerana tidak mahu berasa penat. "Dia pernah mengidam nak ke Jepun, semasa ulang tahun kelahiran dia... saya telah siapkan segala tiket dan semuanya tapi tiba-tiba dia tidak mahu," kongsinya. Untuk rekod, Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 4 April 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Atta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!