ANAK kepada bekas bintang bola sepak David Beckham iaitu Romeo Beckham nampaknya mewarisi sifat romantis kedua ibu bapanya apabila sering menunjukkan penghargaan buat kekasih di media sosial. Terbaharu, Romeo berkongsi foto dia dan kekasih iaitu Mia Regan sedang bersantai di atas padang rumput semasa mengunjungi Festival Glastonbury yang diadakan di United Kingdom (UK) pada bulan lalu. David dan Victoria sentiasa memberikan sokongan buat anak mereka. "Gila, betapa beruntungnya saya memiliki wanita ini," katanya. Pasangan kekasih itu juga dilihat secara terbuka berkongsi foto mereka berciuman, namun apa yang mendapat perhatian apabila ibu Romeo iaitu Victoria Beckham seakan memberi restu dengan meninggalkan emoji cinta di ruangan komen. ARTIKEL BERKAITAN: Tangkas! Anak David Beckham sertai kelab Liga Perdana Inggeris selepas pamer aksi cemerlang ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa Victoria Beckham tidak terlibat reunion Spice Girls, bagi alasan fokus fesyen Romeo yang juga merupakan pemain bola sepak itu sebelum ini menandatangani kontrak tetap bersama pasukan Brentford selepas meninggalkan kelab Inter Miami. Menurut sumber, sewaktu Romeo menyertai kelab Inter Miami di Amerika Syarikat, dia mengakui sukar untuk menjalani hubungan jarak jauh. Oleh yang demikian, mereka telah berpisah untuk seketika, namun apabila Romeo kembali ke UK bersama kelab Brentford, kedua-dua mereka kembali menjalinkan hubungan. Untuk rekod, Romeo dan Mia sudah menjalin hubungan cinta selama tiga tahun dan kali pertama mereka bertemu pada September 2019. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!