PENYANYI Cardi B berang apabila seorang peminat menyimbah air ke arahnya ketika dia sedang membuat persembahan dalam satu acara di Las Vegas, Amerika Syarikat. Terkejut dengan tindakan penonton itu, Cardi secara spontan terus melemparkan mikrofon di tangannya ke arah individu berkenaan. Malah menerusi beberapa rakamana video yang mula tular, jelas kelihatan wajah Cardi seakan-akan tidak berpuas hati apabila diperlakukan sebegitu. ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B mengaku bersalah cetus pergaduhan di kelab, dilarang dekati mangsa selama 3 tahun Individu yang duduk di bahagian bawah pentas itu kemudian diusung keluar oleh pengawal keselamatan. Disebabkan kejadian itu, Cardi terpaksa menghentikan persembahan sebelum tampil semula beberapa minit kemudian. Kejadian penyanyi dilempar dengan objek ketika membuat konsert menjadi topik bualan sejak kebelakangan ini. Cardi juga menjadi mangsa tindakan tidak bertanggungjawab penonton di konsert. Sebelum Cardi, beberapa nama penyanyi turut menjadi mangsa perbuatan kurang sopan penonton yang hadir dalam sebuah acara konsert. Penyanyi Harry Styles pernah mengalami kejadian sama ketika mengadakan konsert jelajahnya. Selain itu, Bebe Rezha turut menerima nasib sama apabila seorang penonton membaling telefon bimbit sehingga dia mengalami kecederaan di bahagian mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!