suria

“Jangan dilihat murahan”... Anak Ahmad Dhani haramkan teman wanita berlakon babak mesra

Dul Jaelani minta Tissa jaga batas sebagai pelakon.

ANAK kepada vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani iaitu Dul Jaelani melarang teman wanitanya iaitu Tissa Biani berlakon babak mesra atau adegan panas dalam filem.

Jelas Dul, 23, dia bimbang sekiranya adegan berkenaan ditonton oleh pihak keluarga dan membawa imej buruk buat pasangannya itu.

"Saya cakap dengan dia kalau boleh lakonkan adegan sopan sebab bayangkan kalau adegan panas tersebut ditonton oleh ibu bapa dan bagaimana reaksi mereka saat itu? Jadi lebih baik berhati-hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Dul Jaelani sanggup tinggalkan kerja kerana mahu teman ibu jalani pembedahan... Teringat pesanan Ahmad Dhan

ARTIKEL BERKAITAN: Dul Jaelani dah lama pasang niat berhijrah tapi belum mampu lawan godaan

"Perasaan cemburu itu memang ada tapi yang paling penting adalah saya tak mahu kekasih saya dilihat seperti pelakon murahan," kata Dul Jaelani menerusi temu bual di Youtube Deddy Corbuzier.

Tambah Dul lagi, dia mahu kekasihnya itu menjaga imej supaya tidak dilihat seperti gadis murahan dengan melakonkan adegan panas berkenaan.

"Sorry to say, bagi saya sekarang ini ramai gadis yang tidak bersikap murahan tetapi disebabkan penglibatannnya dalam pekerjaan itu maka terlihat seperti murahan.

Dul Jaelani dengan kekasih hati.

Dul larang teman wanita berlakon babak panas.

"Secara tidak langsung imej mereka akan nampak seperti gadis murahan, jadi lebih baik jaga imej sopan," ujarnya

Dalam pada itu, kekasihnya iaitu Tissa Biani turut menjelaskan memilih untuk mengelakkan diri daripada terlibat untuk melakukan adegan panas mahupun kurang sopan dalam filem lakonannya.

"Sebenarnya daripada dulu secara peribadi saya memang tak gemar untuk melakukan adegan sensitif seperti bercumbu dan aksi panas lain yang sering dilakukan dalam filem-filem sekarang ini," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain