suria

“Mungkin dia salah faham…” - Nama Pinkan Mambo terjejas selepas anak dakwa terima gangguan seksual bapa tiri

Nama Pinkan tercemar gara-gara pendedahan berani anaknya.

PENYANYI dan pelakon Pinkan Mambo akui pendedahan anaknya yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual bapa tiri memberikan satu tamparan hebat buat dirinya.

Bukan hanya memberi kesan terhadap emosinya, malah ia turut menjejaskan kerjaya seni apabila dikatakan tidak menjaga anak dengan betul.

"Siapa yang tidak sayang dengan anak sendiri. Tetapi apa yang berlaku ini bagaikan membunuh karakter saya," ujarnya ketika tampil dalam sebuah program televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak beranak berbalah di media sosial, Nikita Mirzani doa Lolly terima balasan kerana fitnah ibu

Sebelum ini, nama Pinkan menjadi bualan hangat apabilanya anaknya iaitu Michelle Ashley secara terbuka mendedahkan dia beberapa kali menjadi mangsa ganggungan seksual bapa tiri.

Susulan perkara itu Pinkan juga menerima kecaman hebat kerana masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap suaminya itu.

pinkan mambo 1

Pinkan harap dapat bertemu anaknya.

Malah Michelle juga dikatakan tidak pulang ke rumah sejak lima bulan lalu.

"Saya rindukan anak saya. Dia tidak mahu tinggal bersama saya dan bapanya. Dia tinggal bersama rakannya sejak lima bulan lalu.

"Mungkin dia salah faham dengan apa yang telah berlaku. Mungkin juga dia salah dengan tindakan saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain