SELEBRITI terkenal Kim Kardashian tampil dengan penampilan ringkas tanpa sebarang solekan ketika berkunjung ke sebuah klinik pembedahan plastik baru-baru ini. Meskipun bintang berusia 42 tahun ini sering menafikan khabar angin melakukan pembedahan plastik, namun Mirror melaporkan Kim ada bertemu dengan pakar kosmetik terkenal iaitu Dr Diamond. Kim sering menafikan dirinya melakukan pembedahan plastik. Menurut sumber, pengasas produk SKIMS ini merupakan salah seorang pelanggan selebriti Dr Diamond. Doktor kosmetik itu juga pernah berkongsi video Kim dan adiknya, Khloe Kardashian menjalani beberapa siri rawatan di kliniknya. ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian teruja guna filter TikTok, lega masih nampak cantik walau muka berkedut dan rambut beruban ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Leonardo DiCaprio, Kim Kardashian pula disiasat FBI berhubung skandal 1MDB Bukan sahaja menafikan menjalani pembedahan plastik, Kim juga menegaskan dia tidak pernah melakukan sebarang rawatan pada wajahnya. "Saya tidak pernah membuat filler pada pipi dan bibir saya," ujarnya sebelum ini. Malah, Kim memberitahu dia gembira dengan penampilan semulajadi meskipun kini sudah mencecah usia 40 tahun. "Sukar untuk dijelaskan kerana saya bahagia dengan keadaan saya sekarang tetapi saya masih akan melakukan apa sahaja untuk kelihatan muda," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!