PELAKON Indonesia, Rizal Djibran mengaku melakukan seks luar tabii terhadap isterinya iaitu Maesarah Nurzaka. Menerusi kenyataan yang diberikan oleh peguamnya, Rizal, 46, melakukan perbuatan itu atas persetujuan bersama Maesarah atau lebih dikenali Sarah kerana isterinya itu tidak dapat melakukan hubungan intim secara normal. Wakil peguam menyebut, Sarah disahkan menghidap masalah jangkitan kuman pada bahagian kemaluan dan harus mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti seks. ARTIKEL BERKAITAN: Rina Nose belum fikir soal anak, tak kisah dituduh mandul Bagaimanapun demi menjaga keharmonian dalam rumah tangga, Sarah dan Rizal sama-sama bersetuju untuk mencuba sesuatu yang berbeza. "Dia (Sarah) mengalami jangkitan yang sangat bahaya di mana pintu (alat kelamin) tidak boleh terbuka. Doktor nasihatkan mereka 'berpuasa' selama enam hingga satu tahun. "Mungkin kerana Sarah masih sayangkan Rizal, dia minta cara lain. Perlu ditegaskan mereka melakukan itu atas faktor kesihatan. "Aktiviti itu atas inisiatif Sarah sendiri yang mengajak Rizal melakukannya," ujar wakil peguam seperti yang dipetik dari Jawa Pos. Kes rumah tangga Rizal dan Sarah masih dalam perbicaraan. Kisah rumah tangga Rizal menjadi perhatian sejak beberapa bulan lalu selepas Sarah membuat laporan polis pada 13 Februari lalu atas dakwaan menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Sarah turut menyebut berlaku hubungan seks songsang namun tidak menjelaskan secara terperinci ketika laporan dibuat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!